Skip to content

ASIA TOPNews.MEDIA

Singapore and all Asia regions news

Menu
  • Home
  • Indonesia
  • Singapore
  • Taiwan
  • Turkey
  • South Korea
  • United Arab Emirates
  • Saudi Arabia
  • Contact
Menu

Keharmonian bilik persalinan rahsia JDT

Posted on September 28, 2023


JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan keharmonian dalam bilik persalinan merupakan antara faktor penting anak buahnya bermotivasi memberikan aksi terbaik secara konsisten sehingga berjaya muncul juara Liga Super pada musim ini.

Solari memberitahu, keharmonian ini juga menjadi titik tolak buat keseluruhan pemain skuad Harimau Selatan lebih bersemangat untuk meningkatkan kualiti permainan masing-masing seterusnya membantu pasukan melakar sejarah kelab itu mendominasi Liga Super dalam tempoh satu dekad.

Pengendali kelahiran Argentina itu puas apabila memenangi gelaran juara Liga Super buat pertama kali sejak mengambil alih tugas ketua jurulatih pada Disember lalu yang merupakan salah satu sasaran kelab untuk mempertahankan kejuaraan itu sejak 2014.

“Ini adalah hari paling bermakna buat JDT apabila muncul juara buat kali ke-10 berturut-turut. Kami bukan sahaja menakluki liga malah memberi persembahan terbaik dari hari pertama, menang 21 perlawanan dan tidak pernah kalah, jaring 86 gol dan hanya bolos tujuh kali, ini amat memberangsangkan.

“Semua ini adalah hasil usaha keras setiap pemain yang cukup profesional, mereka menunjukkan kesungguhan untuk belajar menjadi lebih baik selain mempamerkan komitmen yang tinggi setiap kali turun berlatih yang akhirnya diterjemahkan pada perlawanan sebenar.

“Kesemua pemain sentiasa memberikan 100 peratus untuk membuktikan mereka layak berada dalam pasukan, ini dapat dilihat dalam setiap perlawanan apabila mereka bermain bersungguh-sungguh membuktikan mereka adalah yang terbaik,” katanya.

JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi sejak 2014 selepas membenam PDRM FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Bergson Da Silva, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri masing-masing meledak satu gol pada perlawanan itu.

See also  Firefighters save car parked under burning house in Tg Manis

Misi Solari bersama JDT sangat jelas untuk membantu pasukan menjadi versi yang lebih digeruni lawan dan ini terbukti apabila purata jaringan adalah hampir empat gol bagi setiap perlawanan.

Menurut Solari, berbekalkan ilmu yang ditimba bersama Liga Argentina serta pasukan bawah 23 tahun negara itu, dia cuba untuk menjadikan setiap pemain lebih baik dari setiap aspek.

“Mungkin ada yang tak sukakan dengan cara saya, itu adalah normal dalam bola sepak, tambahan pula JDT mempunyai skuad yang besar dan sukar untuk mendapat tempat beraksi. Cabaran yang sukar adalah untuk memotivasikan pemain yang jarang diturunkan supaya mereka berada di tahap terbaik dan itu tidak menjamin peluang untuk diturunkan.

“Ini bukanlah tugas yang sukar namun mereka tepat menunjukkan kesungguhan dan ini yang menggerakkan pasukan untuk terus bekerja keras, karekter seperti Aidil Zafuan (Abd. Radzak), Farizal (Marlias) dan Safiq (Rahim) memain peranan lebih besar menjga keharmonian dalam bilik persalinan,” ujarnya.-UTUSAN





Source link – https://www.utusan.com.my/sukan/2023/09/keharmonian-bilik-persalinan-rahsia-jdt/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=keharmonian-bilik-persalinan-rahsia-jdt

Recent Posts

  • Givenchy Has A New Bag Inspired By Its Shark Lock Boots
  • Zero-emission Vehicle Innovator Wisdom Motor brings the Gulf nations’ first 12-meter Hydrogen City Bus in new cooperation to support the UAE’s green mobility agenda
  • Barrel of Kuwaiti Oil sees price increase, as global markets extend gains
  • بلينكن يلتقي بالرئيس الفلسطيني عباس في الضفة الغربية
  • 3 great spots to enjoy dazzling National Day fireworks in Abu Dhabi
  • “Concert For Tomorrow” Gala With La Scala Orchestra Hits Dubai Opera Stage Tomorrow! – Dubai Blog

Tag’s

Asia News business cartoon chosun.com K-pop kingdom of saudi arabia king salman korea koreaHerald Korean news korean news in english korea times koreatimes KPOP latest news life News opinion pilpres 2024 Riyadh Saudi Arabia saudigazette saudigazette Newspaper saudi sazette south korea South Korea news South Korea news in english sports technology The Korea Herald the korea times The Taipei Times world 台北時報 뉴스 더코리아헤럴드 스페셜 오피니언 커뮤니티 코리아헤럴드 코리아 헤럴드 포토 하니TV 한겨레 한겨레 신문
©2023 ASIA TOPNews.MEDIA | Design: Newspaperly WordPress Theme