Skip to content

ASIA TOPNews.MEDIA

Singapore and all Asia regions news

Menu
  • Home
  • Indonesia
  • Singapore
  • Taiwan
  • Turkey
  • South Korea
  • United Arab Emirates
  • Saudi Arabia
  • Contact
Menu

TMJ, keluarga serta pemain JDT berdepan situasi tembakan di Bangkok

Posted on October 4, 2023


JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas insiden seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan di Bangkok Siam Paragon Mall, Thailand, semalam.

Menurut hantaran Tunku Ismail di laman sosialnya, ketika kejadian berlaku beliau bersama isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam serta pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang berada di lobi hotel berhampiran pusat membeli-belah itu.

Katanya, beliau melihat sendiri suasana gamat orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.

“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.

“Saya membawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku,” katanya dalam hantaran di media sosial sebentar tadi.

Menurut Tunku Ismail, beliau masih terbayang sewaktu memberitahu anak-anaknya bahawa keadaan akan kembali tenang dan meminta mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.

Katanya, beliau bersama pasukan keselamatannya berdiri di hadapan keluarga menjadi ‘perisai’ bagi melindungi mereka walau apa pun berlaku.

“Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.

See also  Telcos Expected To Provide Satellite Internet By 2025, Says Fahmi

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut,” ujarnya.

Tambah Tunku Ismail, beliau memberitahu pasukan keselamatannya untuk membawa mereka ke Kedutaan Malaysia dan pemandunya memberitahu bahawa kedudukan Kedutaan Singapura lebih berhampiran.

Katanya, beliau telah menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor dan kesemua mereka selamat mendapat perlindungan di kedutaan terbabit.

“Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.

“Setelah semuanya selamat, kami bergerak ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.

“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. Semoga Tuhan merahmati roh mereka yang tidak berdosa yang maut dalam kejadian itu.

Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE





Source link – https://www.kosmo.com.my/2023/10/04/tmj-keluarga-serta-pemain-jdt-berdepan-situasi-tembakan-di-bangkok/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tmj-keluarga-serta-pemain-jdt-berdepan-situasi-tembakan-di-bangkok

Recent Posts

  • Stick with existing ‘comprehensive’ DLP guidelines, Page urges ministry
  • 4 beradik termasuk bayi tujuh bulan ditemui terbiar tiga hari
  • Tiada siapa salah atau betul, kes saman selesai – Peguam
  • Fahmi: Less than four per cent left to achieve 5G network coverage target 
  • BERNAMA – BLACKOUT AT CIQ BSI DUE TO GENERATOR BREAKDOWN
  • Logitech G Unveils Astro A50 X Lightspeed Wireless Gaming Headset

Tag’s

Asia News business cartoon chosun chosun.com K-pop kingdom of saudi arabia king salman korea koreaHerald Korean news korean news in english korea times koreatimes KPOP latest news life News opinion pilpres 2024 Saudi Arabia saudigazette saudigazette Newspaper saudi sazette south korea South Korea news South Korea news in english sports technology The Korea Herald the korea times The Taipei Times world 台北時報 뉴스 더코리아헤럴드 스페셜 오피니언 커뮤니티 코리아헤럴드 코리아 헤럴드 포토 하니TV 한겨레 한겨레 신문
©2023 ASIA TOPNews.MEDIA | Design: Newspaperly WordPress Theme